Sunday, October 9, 2011

Voltage Stabilizer for Car

1 comment:

khalifah dunia kecil said...

Bagaimana alat penstabil voltan berfungsi ?

Bekalan elektrik dalam kereta adalah 12V. Dalam keadaan biasa selepas enjin dihidupkan, alternator biasanya membekalkan bekalan elektrik dalam lingkungan 14V. Walaubagaimanapun, nilai voltan ini semakin menurun apabila lampu, radio dan penghawa dingin dihidupkan sehingga ia kurang dari 12V.

Ini akan menyebabkan palam pancucuh (spark plug) kurang menghasilkan percikan api, lampu menjadi malap, radio tidak bertenaga dan bateri tidak dicas dengan sempurna. Tambahan pula, semua kenderaan baru kini menggunakan ECU (Engine Control Unit) yang mengawal kadar suntikan bahan api ke dalam enjin. ECU ini tidak dapat berfungsi dengan baik sekiranya tidak mendapat bekalan voltan yang mencukupi.


Alat penstabil voltan untuk kereta akan menstabilkan voltan pada 14V (bergantung kepada outputalternator kereta). Apabila voltan telah stabil tanpa mengalami kejatuhan, kenderaan anda akan beroperasi pada tahap optimum. ECU akan berfungsi dengan baik (kadar suntikan bahan api ke dalam enjin dapat dilakukan dengan tepat, menghasilkan kuasa pencutan dan penjimatan minyak) dan bateri dapat dicas dengan sempurna (ini akan memanjangkan jangka hayat bateri).


Adakah kereta anda memerlukan alat penstabil voltan ?
Hidupkan enjin kenderaan anda, biarkan ia panas selama beberapa minit. Kemudian hidupkan lampu depan (headlight) kenderaan anda. Sekiranya bacaan meter RPM enjin menurun dengan agak ketara, ini menunjukkan kenderaan anda memerlukan alat penstabil voltan.


Hampir kesemua kenderaan import kini telah dilengkapi alat penstabil voltan. Memasang alat penstabil voltan lain pada kereta ini tidak memberikan sebarang kesan.