Wednesday, November 16, 2011

Untuk Wajah Lebih Licin Tanpa Kilauan

Bioglo Pore Refiner mengurangkan liang roma terbuka dan minyak berlebihan agar wajah sentiasa licin dan halus tanpa kilauan. Dirumuskan khas untuk kulit-kulit orang Asia oleh pakar penjagaan kulit Swiss. Ia menggabungkan keberkesanan ramuan canggih seperti ekstrak cendawan Fomes officinalis dan ekstrak rumpair alga Laminaria saccharina. Rumusan eksklusif ini juga mengandungi retinol palmitat dan asid lemak perlu untuk mengawal penghasilan sebum seterusnya mengatasi masalah kulit berminyak.

Wajah Licin Yang Bebas Kilauan Dengan Serta Merta
  • Berkesan namun tetap lembut
  • Tidak mengeringkan kulit
  • Sesuai digunakan bersama produk penjagaan kulit yang sedia anda gunakan atau bersama produk Bioglo Pore Refiner yang lain

Bioglo Pore Refiner

Refining Serum 30ml
  • Serum pekat untuk kegunaan waktu malam sebagai rawatan intensif untuk masalah liang roma terbuka dan minyak berlebihan
  • Bertindak dengan berkesan semasa anda tidur
  • Gunakan selama 4-6 minggu berturut-turut untuk setiap kali rawatan
Cara penggunaan:
Sapukan pada muka selepas mencuci dan mengeton. Elakkan bahagian sekitar mata. Gunakan setiap malam selama 4-6 minggu sebagai rawatan intensif. Tempoh rawatan bergantung kepada keputusan yang diinginkan atau keadaan kulit. Ulangi rawatan 3-4 kali setahun.


Cleansing Gel 120gm
  •  Berkesan walaupun lembut. Membersih tanpa mengeringkan kulit
  • Ramuan istimewa menghilangkan minyak, mekap dan kotoran lain
  • Menanggalkan sel-sel permukaan kulit yang kusam untuk menyerlahkan kulit yang lebih berseri
  • Mengimbangkan dan mengawal penghasilan minyak
  • Mengetatkan liang roma untuk kulit yang lebih licin dan halus
Cara Penggunaan:
Gunakan sedikit, buihkan dan sapu pada muka. Urutkan pada muka dalam gerakan memutar. Bilas dengan sempurna dan keringkan dengan tuala. Disyorkan disusuli dengan Refining Toner.                                  

    Refining Toner 120ml
    • Menyegarkan dan melegakan kulit
    • Mencerahkan dan mengeton kulit
    • Mengetatkan dan mengurangkan liang roma terbuka
    • Mengawal penghasilan minyak untuk membolehkan mekap kekal lebih lama
    • Meninggalkan kulit kelihatan pusam dan tidak berminyak
    Cara Penggunaan:
    Gubakan pada muka yang bersih. Goncangkan botol sebelum menggunakannya. Tuangkan ke atas kapas muka dan sapukan dengan lembut pada muka dengan tindakan usapan ke atas dan ke luar. Elakkan Bahagian sekitar mata. Disyorkan untuk diikuti dengan Day Emulsion atau Night Cream.

    Day Emulsion 30ml
    •  Meneruskan tindakan memperhaluskan liang roma dan pengawalan minyak Cleansing Gel dan Refining Toner supaya wajah tetap segar tanpa kilauan sepanjang hari
    • Krim pelembap bebas minyak yang ringan dapat diserap serta merta untuk membekalkan kelembapan yang penting kepada kulit. Kulit menjadi lebih lembut dan halus
    • Dilengkapi penapis UVA dan UVB untuk melindungi kulit daripada sinaran matahari
    Cara Penggunaan:
    Gunakan setiap pagi pada muka dan leher yang bersih selepas mengeton. Elakkan bahagian sekitar mata.

    Night Cream 30g
    • Krim dwi-fungsi untuk menyempurnakan penjagaan kulit harian anda. Bertindak untuk menghaluskan kulit di samping membekalkan khasiat kepada kulit
    • Dengan tindakan berterusan yang mengecilkan liang roma dan mengimbangkan penghasilan minyak pada waktu malam, agar kulit berasa begitu halus semasa bangun tidur
    • Membekalkan kelembapan dan nutrien penting untuk menggalakkan pembaharuan sel semasa tidur untuk mengembalikan kulit segar dan muda
    • Langsung tidak berminyak
    Cara Penggunaan:
    Gunakan setiap malam pada kulit bersih yang tyelah ditonkan. Urut dengan perlahan-lahan sehingga teresap sepenuhnya. Elakkan bahagian sekitar mata. Boleh digunakan sebelum Refining Serum